Header Ads

header ad

Program motivasi Tahun 6 oleh bekas pelajar SKPBB

Telah diadakan satu program motivasi bagi murid-murid tahun 6 SKPBB anjuran Unit Kaunseling sekolah di Dewan SKPBB selepas waktu persekolahan, semalam.

Motivasi diadakan bagi memberi semangat awal buat murid-murid tahun 6 sesi 2020 sebelum menempuh pembelajaran lebih mencabar di alam tahun 6.

Lebih manis, motivasi berkenaan disampaikan oleh dua orang bekas murid tahun 6 SKPBB yang berjaya menggapai keputusan cemerlang dalam UPSR 2019, 6 A.

Tidak ketinggalan hadir sama memberi semangat murid tahun 6 dalam program berkenaan ialah, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Wan Mariam binti Wan Ismail selain guru-guru tahun 6 yang lain.

Semoga tahun 2020 kejayaan lebih manis akan dikecapi oleh murid-murid SKPBB, insha Allah.

No comments

Powered by Blogger.