Header Ads

header ad

Perjumpaan pengawas sekolah baru 2020

Selepas perhimpunan Ahad, semua pengawas sekolah telah berkumpul di Dataran j-QAF bagi menerima taklimat khas sebagai bermulanya tugas pertama mereka sebagai pembantu guru dalam menjaga disiplin rakan-rakan murid.

Perjumpaan ringkas diadakan bagi mengingatkan tentang tugas rutin pengawas selain berkaitan masa yang perlu dipatuhi.

Turut diberi ingatan berkaitan dengan pemakaian kemas pengawas sebagai contoh kepada rakan-rakan lain di SKPBB.

Bermula tahun 2020, PK HEM, Cikgu Nazri telah menentapkan tempoh memegang jawatan pengawas hanya setahun sahaja sebelum dilantik semula pada tahun berikutnya jika kelayakan masih dimiliki.

Taklimat khas berkenaan dihadiri oleh Guru Ketua Pengawas Mualim Helmi, Madam Anisah, Ustazah Nik Zaireen dan Cikgu Azmi.

No comments

Powered by Blogger.