Header Ads

header ad

Kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Terengganu 2020


Alhamdulillah, Team Olahraga SKPBB mendapat peluang ke Kejohanan Merentas Desa Tahun 2020 Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di SMK Belara, Kuala Terengganu pada Khamis, 30 Januari 2020.

Dua murid SKPBB berjaya mendapat tempat antara 20 terbaik keseluruhan murid kategori 12 tahun bagi Daerah Kuala Terengganu.

Peserta kategori lelaki, peserta SKPBB, Muhammad Arsyad Hazim, mendapat tempat ke 12 keseluruhan bagi kategori 12 tahun.

Manakala kategori perempuan, peserta SKPBB, Nurin Aina Nasuha mendapat tempat ke 11 keseluruhan bagi kategori 12 tahun.

Kejohanan berkenaan telah dirasmikan oleh Tuan PPDKT, Haji Jelani bin Sulong.

No comments

Powered by Blogger.