Header Ads

header ad

Amalan KBAT ambil masa - Menteri Pendidikan

Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) akan berada pada tahap lebih baik dalam beberapa tahun akan datang.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata amalan KBAT satu proses dan pastinya ia mengambil masa untuk dipraktikkan.

"KBAT ini satu proses dan benda baharu, jadi tidak mungkin ambil masa satu atau dua hari untuk dijadikan sebagai amalan. Ia satu proses yang menggalakkan pelajar untuk berfikir, berkomunikasi dan membuat secara cepat.

"Saya jangka proses ini akan menjadi lebih baik dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang," kata Menteri Pendidikan pada November lepas dalam sidang media selepas merasmikan Hari Bacaan Ikrar Rukun Negara 2017 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2), Putrajaya.

Sumber Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.