Header Ads

header ad

Pendaftaran murid bagi sesi persekolahan 2020

Pendaftaran murid bagi sesi persekolahan tahun 2020 telah pun diadakan pada hari ini, 28 Disember 2019 di Dataran j-QAF SKPBB. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

Semua guru terlibat dalam pendaftaran murid termasuk guru kedai sekolah antara yang terlibat dalam mengagihkan buku tulis kepada ibubapa yang datang mendaftar murid mereka.

Proses pendaftaran berjalan lancar dengan ibubapa datang awal mendaftar anak-anak mereka ke sekolah dan tidak ketinggalan ibubapa yang mendaftar anak mereka yang akan memulakan alam persekolahan buat pertama kali (tahun 1). Mereka turut diberi taklimat khas bagi persediaan anak-anak mereka sebelum bermulanya persekolahan ada 1 Januari 2020.

No comments

Powered by Blogger.