Header Ads

header ad

Nurin juara, Maryam ketiga Badminton Tertutup Terengganu

Tahniah buat Nurin dan Maryam atas kejayaan mereka berdua dalam kejohanan Badminton Tertutup Terengganu 2019 semalam.

Kejohanan yang di adakan pada 26 hingga 28 Disember 2019 itu diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu telah disertai oleh dua orang murid SKPBB.

Kategori bawah 11 tahun, Nurin Aina Nasuha berjaya merangkul johan manakala Maryam Qayyimah Al Yahya berjaya mendapat tempat ke-3 kategori bawah 9 tahun.

Kejohanan berkenaan adalah anjuran Persatuan Badminton Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri.

Semoga kejayaan dua murid ini akan menjadi sumber inspirasi buat murid-murid lain dalam apa jua bidang yang diceburi.

Good Luck buat Nurin dan Maryam! Tahniah!

Jom LIKE & SHARE: https://fb.me/skpbbb

No comments

Powered by Blogger.