Header Ads

header ad

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2018 Peringkat
Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar telah pun dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Jaafar bin Taib di Dataran Berbumbung j-QAF SKPBB, pagi ini.

Dalam ucapan pelancaran, Guru Besar memberi nasihat supaya murid-murid rajin ke perpustakaan, jadikan amalan membaca adalah amalan mulia.

Guru Besar turut mengharapkan dapat melahirkan lebih ramai penulis buku dari kalangan murid-murid SKPBB.

Tahun lepas, SKPBB berjaya melahirkan dua orang penulis peringkat kebangsaan yang berkecimpung dalam penulisan novel bersama penerbit ternama, syarikat PTS.

Majlis pagi ini turut diserikan dengan persembahan murid-murid.

Program 'Kem Membaca 1Malaysia' dirancang selama 3 hari bermula hari ini dengan dipenuhi pelbagai aktiviti yang dirancang oleh penyelaras, Cikgu Suhaidaa binti Ahmed bersama-sama jawatankuasa yang dilantik.

Semua guru turut hadir dalam majlis pelancaran berkenaan dan murid turut memenuhi dataran bagi memeriahkan majlis.

"MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA"

No comments

Powered by Blogger.