Header Ads

header ad

Majlis perpisahan Cikgu Aliza

Warga SKPBB hari ini meraikan Majlis Perpisahan Puan Aliza binti Alias yang bertukar ke SK Bukit Bayas, Kuala Terengganu selepas dilantik sebagai PK HEM SK Bukit Bayas berkuatkuasa 1 April 2018.

Majlis bermula 11.45 pagi dengan kehadiran yang diraikan, cikgu Aliza diiringi PKP SKPBB, Puan Wan Mariam sambil iringan selawat oleh murid-murid.

Menurut cikgu Aliza dalam ucapannya, beliau meminta murid-murid SKPBB meneruskan amalan menghargai guru walaupun sudah pun berada di universiti.

Cikgu Aliza telah pun berkhidmat hampir 10 tahun di SKPBB dan mengajar subjek Sains dan banyak menyumbang buat murid-murid tahun 6 dalam program UPSR.

Warga SKPBB kehilangan besar antara tenaga penggerak bagi program UPSR dan juga banyak menyumbang ke arah kecemerlangan SKPBB selama perkhidmatan cikgu Aliza di SKPBB.

Terima kasih cikgu Aliza dan tahniah di atas pelantikan sebagai PK HEM. Semoga kebahagiaan dan kejayaan terus mekar di tempat baru, insha Allah.

No comments

Powered by Blogger.