Header Ads

header ad

Program Jalinan Kasih SKPBB bersama Muzium Terengganu


Projek kerjasama sekolah bersama komuniti & badan kerajaan. Program penyerahan ikan hiasan oleh Terengganu State Museum kepada SKPBB sempena "Program Jalinan Kasih" bagi projek keceriaan kolam ikan di SKPBB. Terima kasih Encik Fairuz Amri bin Ismail, Pegawai Sektor Penyelidikan & Dokumentasi Muzium Terengganu atas kerjasama bersama team beliau untuk program ini.

Projek ini bagi menceriakan kembali kolam ikan SKPBB yang sudah lama terbiar kerana kolam mengalami kerosakan.


Berikutan penarapan SKPBB sebagai antara terpilih sekolah KBAT Malaysia, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menceriakan kembali laman-laman sekolah termasuk kolam.

Kolam ini dilengkapi air terjun, mesin oksigen bagi memberi keselesaan kepada ikan-ikan yang disumbangkan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu.

Wujudnya kolam ini akan memberi satu tempat terapi minda buat guru-guru dan murid SKPBB setelah penat lelah dengan aktiviti pembelajaran.

No comments

Powered by Blogger.