Header Ads

header ad

Program silang budaya sempena CNY 2020

Bersempena sambutan Chinese New Year (CNY), SKPBB telah mengadakan Program Silang Budaya melibatkan murid tahun 4 serta semua murid yang terlibat dengan kelas Bahasa Cina SKPBB.

Program yang diselaraskan oleh Cikgu Ang Meng Siew, guru Matapelajaran Bahasa Cina SKPBB yang diadakan di Dewan Sekolah, bermula pagi tadi jam 9.45 pagi.

Murid yang terlibat berkumpul di dewan bagi mendapat maklumat berkaitan program silang budaya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah memperkenalkan budaya Cina di Malaysia termasuk asal usul perayaan CNY. Murid turut didedahkan berkaitan tahun tikus yang dirayakan kaum Cina pada tahun ini.

Selain itu, aktiviti mereka bentuk seekor tikus simbolik CNY tahun ini adalah tahun tikus.

Murid turut ditayangkan dengan video berkaitan sejarah CNY.

Tahun 2020 merupakan tahun kedua SKPBB melaksanakan Program Silang Budaya bagi menerapkan amalan perpaduan rakyat Malaysia di kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah lagi.

No comments

Powered by Blogger.