Header Ads

header ad

Cikgu Nazri bertukar ke SK Beladau Kolam sebagai PKP

Tahniah buat Cikgu Mohd Nazri bin Husain yang dinaikkan pangkat dari PK HEM di SKPBB kepada PKP di SK Beladau Kolam namun ia merupakan satu kehilangan yang besar buat warga SKPBB sebagai seorang guru yang berdedikasi dan berjiwa pelajar. Lebih-lebih lagi beliau terpaksa meninggalkan warga SKPBB ketika persekolahan sesi 2020 baharu sahaja bermula beberapa hari.

Di kalangan guru lelaki, beliau terkenal dengan kemesraan dan rapat dengan rakan-rakan guru dalam semua hal termasuk banyak memberi sokongan kepada rakan-rakan lain.

Cikgu Nazri telah berkhidmat selama 3 tahun di sekolah ini setelah melapor diri di SKPBB pada 2/12/2016 [Rujukan] sebagai PK HEM.

Khidmat beliau berakhir pada 2/1/2020 selepas ditawarkan jawatan oleh PPD KT sebagai PK Pentadbiran di SK Beladau Kolam, Manir.

Tahniah diucapkan buat Cikgu Nazri! Selamat bertugas di tempat baharu.

No comments

Powered by Blogger.