Header Ads

header ad

Guru Besar Cikgu Jaafar berpindah ke PPD KT

Salam perpisahan buat Guru Besar Cikgu Mohd Jaafar bin Taib yang akan ke PPD KT bermula November 2019. Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Jaafar selama berkhidmat di SKPBB dalam membina kejayaan cemerlang di sekolah ini.

Perpindahan Cikgu Jaafar amat dirasai oleh warga SKPBB lebih-lebih lagi buat murid-murid kerana beliau begitu rapat dan sangat prihatin dengan murid-murid di sekolah ini.

Walaupun tidak lama di SKPBB, namun kenangan dan jasa beliau yang menerapkan nilai integriti dalam bekerja di samping banyak memandu guru-guru menuju kecemerlangan dan memartabatkan SKPBB dengan lebih cemerlang dengan dinobat sekolah TS25 dan memperkasakan KBAT dalam PDPC.

Cikgu Jaafar telah berpindah ke PPD KT kerana ditawarkan jawatan sebagai Penolong PPD Bahagian Pembangunan Murid.

Terima kasih cikgu! Selamat bertugas di tempat baharu!

No comments

Powered by Blogger.