Header Ads

header ad

Tahniah murid yang berjaya mendapat anugerah rambu pengakap

Tahniah buat semua murid SK Pusat Bukit Besar yang berjaya mendapat anugerah tertinggi rambu pengakap kanak-kanak dari kalangan murid tahun 6.

Tahun ini, SKPBB menghantar peserta paling ramai dengan 20 orang peserta ke aktiviti perkhemahan bagi mendapat anugerah rambu pengakap kanak-kanak 2019. Sebelum itu, murid-murid telah melakukan aktiviti perkhemahan selama dua hari satu malam di Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Nerus yang bermula Khamis hingga Jumaat.

Turut diucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru SKPBB yang terlibat dalam menjayakan kejayaan murid-murid SKPBB termasuk Guru Besar yang banyak memberi sumber inspirasi dalam menjayakan aktiviti ini.

No comments

Powered by Blogger.