Header Ads

header ad

Perkhemahan murid PPKI SKPBB

Mini Perkhemahan Ko Korikulum PPKI 2019 telah diadakan khas untuk murid-murid PPKI SKPBB berhampiran padang sekolah, semalam.

Menurut PK PPKI, Cikgu Dhazita bt. Ab Rahman, aktiviti mini perkhemahan itu diadakan bagi memberi pengalaman baru yang berguna kepada murid-murid PPKI menjalankan aktiviti seharian mereka.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat membentuk semangat jati diri, membina keyakinan dan ketrampilan diri selain membina semangat bekerja dalam kumpulan dari kalangan murid-murid PPKI SKPBB.

31 orang murid terlibat dalam mini perkhemahan tahun ini iaitu murid-murid Berkeperluan Khas (MBK) PPKI SKPBB dan turut melibatkan 8 orang guru.

Lebih istimewa, mini perkhemahan ini telah menarik perhatian Guru Besar dan PK Koko dari SK Tengku Bariah yang membuat lawatan mengejut ke tapak perkhemahan.

Banyak aktiviti yang dijalan untuk perkhemahan kali ini termasuk seni ikatan dan juga aktiviti memasak antaranya membakar ayam di dalam buluh selain guru turut membantu menggoreng ikan dan ayam.


No comments

Powered by Blogger.