Dua murid SKPBB juara negeri, 3 layak ke peringkat kebangsaan
Tahniah buat pemain-pemain badminton SKPBB di atas kejayaan layak ke peringkat kebangsaan selepas merangkul juara dan naib juara dalam kejohanan "Badminton Talent" bawah Program Pembangunan Bakat Badminton peringkat Negeri Terengganu anjuran KPM-Perodua di Besut pada 26 hingga 28 September.
Dua murid SKPBB mendapat johan kategori perseorangan perempuan iaitu adik Nurin dan adik Maryam. Manakala seorang lagi murid SKPBB mendapat naib johan dalam kategori regu campuran bawah 12 tahun iaitu adik Airel.
Mereka bertiga akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.
Tahniah buat pemain badminton SKPBB dan tidak lupa guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Pemenang:
1. Muhammad Airel Hazim bin Mohd Yazid
( Naib Johan Regu Campuran 12)
2. Nurin Aina Nasuha bt Mohd Ridzuan
(Johan Perseorangan Perempuan 11)
3. Maryam Qayyimah Al Yahya bt Mohd Zuhaimi (Johan Perseorangan Perempuan 9)
Nama program : Kejohanan Badminton Peringkat Negeri. Program Pembangunan Bakat Badminton KPM- PERODUA
Nama tempat : di SK Permaisuri Nur Zahirah Besut
Tarikh : 26 hingga 28 September 2019
Peringkat Negeri Terengganu
Post a Comment