Header Ads

header ad

Tahniah adik Airiel Hazim harumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan

Tahniah diucapkan buat adik Airiel Hazim bin Mohd Yazid, murid tahun 5 SK Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu selepas berjaya merangkul tempat ke-3 dalam acara regu lelaki 11 tahun kejohanan Badminton Talent Development Programme Kompleks Sukan Educity.

Beliau berpasangan bersama adik Amirul Hakimi bin Ahmad Muslim dari SK Paya Bunga Kuala Terengganu.

Mereka berdua mewakili negeri Terengganu dalam kejohanan badminton yang diadakan di Johor Bahru pada 18 hingga 21 Oktober baru-baru ini.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM100 bersama pingat.

Tahniah kerana mengharumkan nama SKPBB di peringkat kebangsaan. Semoga terus mencapai kejayaan di masa akan datang.

No comments

Powered by Blogger.