Header Ads

header ad

Solat Hajat Perdana UPSR 2018

Pihak sekolah telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana khusus untuk murid-murid yang akan berdepan peperiksaan UPSR tahun 2018, hari ini di Surau Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Majlis yang dianjurkan Panitia Agama Islam itu turut dihadiri para ibubapa murid tahun enam selain guru-guru serta murid-murid tahun enam SKPBB.

Program dimulai dengan solat Maghrib secara berjemaah. Kemudian diterukan dengan bacaan Yassin yang diketuai oleh Mualim Mohd Helmi sebagai khalifah bacaan Yassin.

Tahlil ringkas turut diadakan sementara solat hajat secara berjemaah diadakan selepas solat isyak.

Majlis selesai dengan diakhiri dengan jamuan untuk hadirin di kantin sekolah.

Gambar-gambar sekitar majlis di Facebook Page SKPBB. Jom Like & Share Fb Skpbb: https://fb.me/skpbb

No comments

Powered by Blogger.