Header Ads

header ad

Sukan Sea 2017: Sultan Mizan raih dua emas

Keputusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ternyata berbaloi apabila baginda meraih pingat emas dalam acara endurance individu sejauh 80 kilometer dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, pagi tadi.

Baginda yang menunggang RTES Annaversary, memenangi emas selepas melakukan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat.

Sebelum ini, baginda menarik diri daripada saingan Sukan SEA 2017 ekoran masalah kuda, namun mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara, sekaligus muncul sebagai sultan pertama yang akan bersaing dalam temasya dwitahunan itu.

Selain itu, Malaysia turut meraih emas dalam acara berpasukan selepas gandingan Mohammad Fuad Hashim, Mohd Adhwa Embong dan Azizatul Asma Tan Sri Abdullah berjaya mengatasi wakil dari Thailand (Wipawan Pawitayalarp, Kitkorn Nongbeung, Kanapos Taytaisong) serta Kemboja (Sovanchandara Ly, Sopheaktra Lon, Visal Phay) dengan masa 11 jam 31 minit 30 saat.

Sumber: Astro

No comments

Powered by Blogger.