Header Ads

header ad

Majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2017

Majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 dapat diadakan dengan jayanya di peringkat Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, hari ini.

Program dimulai dengan bacaan doa oleh ustaz Wan Tarmizi b Wan Ahamad. Kemudian diteruskan dengan perarakan kemasukan bendera jalur gemilang oleh wakil murid ke tapak perhimpunan sebelum semua hadirin menyanyikan lagu patriotik bersama-sama.

Seterusnya ucapan daripada Guru Besar, Encik Mohd Jaafar bin Taib. Beliau telah telah menceritakan kembali bagaimana negara kita mencapai kemerdekaan.

Acara gimik kemasukan "Tunku Abdul Rahman al-Haj" ke tapak perhimpunan serta diarak naik ke pentas utama bagi memberi ucapan seterusnya melaungkan 'laungan keramat', MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA sambil diikuti oleh guru-guru dan semua murid.

Kemudian majlis diteruskan dengan acara pelancaran 'Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017, Negaraku Sehati Sejiwa' oleh Guru Besar.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-60 daripada semua warga SK Pusat Bukit Besar.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments

Powered by Blogger.