Sekolah rintis iTHINK, SKPBB wakili Terengganu
Apakah Program i-THINK?
Program i-THINK adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.
Apakah yang diharapkan daripada Program i-Think?
- Dengan menggunakan Alat Berfikir (Thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.
- Aktiviti banyak berpusatkan murid.
- Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.
Bilangan sekolah: 10 buah sekolah
Terdiri daripada 6 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah di bandar dan di luar bandar
- Pulau Pinang (SM)
- Johor (SM)
- Kelantan (SM)
- Sabah (SM)
- WP KL (SR )
- NS – (SJKT)
- Melaka - (SJKC)
- Pahang - (SR)
- Sarawak - (SR)
- Terengganu - (SR) - SK Pusat Bukit Besar
SK Pusat Bukit Besar (SKPBB) telah dipilih mewakili Terengganu untuk melaksanakan Program Rintis i-THINK.
Salah seorang guru SKPBB ( Cik Hasmu bt Endut) telah dilantik sebagai Penyelaras Program peringkat sekolah dan telah didedahkan dengan program tersebut melalui lawatan kerja ke 9 buah “Thinking Schools’ di United Kingdom pada 8 - 16 Oktober 2011.
Post a Comment