Header Ads

header ad

Lawatan pelajar Trenglish Yayasan Terengganu ke Petronas

Lawatan 70 orang murid program "Trenglish" Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu ke Kompleks Operasi Petronas, Kerteh, Kemaman, hari ini.

Program lawatan sehari (15 Ogos 2017) murid Trenglish ke Petronas, Kemaman itu melibatkan 30 orang murid tahun 5 Ibnu Sina dan 20 orang murid tahun 4 Ibnu Sina.

Lawatan berkenaan turut diiringi 7 orang guru yang diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Wan Mariam dengan menaiki kemudahan dua buah bas yang disediakan pihak Yayasan Terengganu.

Program anjuran SK Pusat Bukit Besar dengan kerjasama PETRONAS dan Yayasan Terengganu itu turut menjemput 20 pelajar SK Tok Jiring.

Trenglish merupakan program Yayasan Terengganu bagi memperkasakan Bahasa Inggeris dari kalangan pelajar-pelajar di seluruh Terengganu.

No comments

Powered by Blogger.