Header Ads

header ad

KEJAYAAN / KEBANGGAAN

FORMULA FUTURE


Anak Didik SKPBB Juara Dunia


Syazwan bersama pasukan Malaysia menjuarai Formula Future 2007, di Leer, Jerman baru-baru ini. Lagi juara dunia lahir dari Terengganu. Peserta cilik kejohanan Formula Future Dunia 2007, Syazwan Mohd Nor, 11, dari Sekolah Kebangsaan Pusat, Bukit Besar, Kuala Terengganu terus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dan Malaysia apabila mendominasikan kejuaraannya di persada antarabangsa pada kejohanan yang tamat 20 Ogos lalu. 
Syazwan yang bertanding bagi Kategori Kedua (10-11 tahun) menjadi juara dua tahun berturut-turut dalam kejohanan yang sebelum ini berlangsung di Catania, Itali 2006 dan di Leer, Jerman pada 17 hingga 19 Ogos. Dalam kejohanan di Leer, pasukan Malaysia bergelar juara selepas berjaya meraih dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. Selain Syazwan, peserta dari Negeri Sembilan, Mohd Khairudin Abdul Khalid Kategori Kelas Tiga (11-12 tahun) turut menjuarai dalam kejohanan yang sama.Daripada 10 peserta yang berjaya mewaliki negara, empat peserta dari Terengganu, tiga dari Putrajaya dan dua masing-masing dari Negeri Sembilan dan Selangor.
Sebelum ini, empat peserta Terengganu ke Kejohanan Formula Future Dunia 2007 menerima insentif khas RM2,500 seorang daripada Kerajaan Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Badan NGO Negeri, Dato’ Din Adam.Majlis penyampaian yang diadakan di Shah Alam, Selangor pada 10 Ogos itu adalah dorongan dan galakan kepada anak Terengganu yang akan bertanding pada kejohanan yang diadakan di Leer, Jerman.Turut menerima insentif itu ialah Persatuan Sukan Air Terengganu yang berjumlah RM15,000.
Anak Terengganu yang mempamerkan kehebatan serta saingan pada kejohanan itu ialah Tengku Hanisah Nur Athirah Tengku Mohd Zainal Abidin, 7, Syed Abdul Razique Syed Abdul Hamid, 18, Mohd Faizullah Ramli, 14 dan Mohd Syazwan Mohd Noor,11.Selain, seorang peserta simpanan, Nik Daniel Nik Kamarulzaman turut serta pada kejohanan itu. Mereka bertanding dalam empat kategori iaitu Kelas 1 (6-9 tahun), Kelas 2 (10-11 tahun), Kelas 4 (14-15 tahun) dan Kelas 5 (16-18 tahun).

PENCAPAIAN PERINGKAT DUNIA 2007 DI LEER, GERMANY
 Kelas 2
Syazwan b. Mohd Noor
Juara Dunia Maneuvering (EMAS)
Juara Dunia Overall (EMAS)
Kelas 1
Tengku Hanisah Nur Athirah Tengku Mohd Zainal Abidin Petra

Juara Dunia Slalom (EMAS)
Naib Juara Dunia Overall (PERAK)
Kelas 5
Syed Abdul Razique b. Syed Abdul Hamid
Naib Juara Dunia Maneuvering (PERAK)
Naib Juara Dunia Overall (PERAK)
Kelas 4
Mohd Faidzullah Ramli
Ke 3 Juara Dunia Slalom (GANGSA)

PENCAPAIAN PERINGKAT DUNIA 2006 DI catania, Italy
 Kelas 2
Syazwan b. Mohd Noor
Juara Dunia Maneuvering (EMAS)
Juara Dunia Formula Future Slalom (EMAS)
Juara Dunia Overall (EMAS)
Kelas 1
Mohd Hanif Ramli
Juara Dunia Maneuvering (EMAS)
Ke 3 Slalom (GANGSA)
Juara Dunia Overall (EMAS)
Kelas 5
Syed Abdul Razique b. Syed Abdul Hamid
Naib Juara Dunia Maneuvering (PERAK)

PENCAPAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN & DUNIA 2005-2007
 2007
Kelas 1
Tengku Hanisah Nur Athirah Tengku Mohd Zainal Abidin Petra
Juara Kebangsaan Maneuvering (EMAS)
Juara Kebangsaan Slalom (EMAS)
Juara Kebangsaan Overall (EMAS)

2006
Kelas 1
Syazwan Mohd Noor
Juara Dunia Formula Future Salom

2005
Kelas 1
Syazwan Mohd Noor
Juara Dunia Formula Future Salom
FORMULA FUTURE DITERUSKAN OLEH ADIK BERADIK SYAZWAN 
 DZAFRAN 

DZULFAN 




No comments

Powered by Blogger.